Wednesday, April 14, 2010






KES PEMBUANGAN BAYI YANG SERIUS



Isu pembuangan bayi semakin hangat diperkatakan pada hari ini. Masalah ini tidak boleh dipandang rendah kerana ia boleh menjejaskan negara kerana remaja merupakan tunggak negara pada masa akan datang. Jika remaja terlalu memikirkan keseronokan dan mengikut hawa nafsu semata-mata negara bakal menghadapi masalah negara yang besar. Hari ini, isu pembuangan bayi berada di tahap yang sangat membimbangkan dan semua pihak telah mula membincangkan hal ini sehingga kerajaan telah melancarkan kempen ”Kami Perhatin” pada 22 Mac lalu oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, ekoran kes pembuangan bayi yang semakin serius. Statistik pembuangan bayi menunjukkan 407 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak 4 tahun lalu.

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah dikalangan remaja kita. Semua ini bukanlahsumbangan yamg membanggakan bagi dunia moden. Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul, niat kena ikhlas dan cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, selepas dosa syirik kepada Allah S.W.T, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya k faraj yang tidak halal baginya!( hadis riwayat Ahmad &Thabrani).

Gejala pembuangan bayi berpunca daripada kurang didikan agama menyebabkan tiada benteng keimanan dalam diri mereka sehingga mereka sanggup melakukan seks luar nikah secara rela. Kedua, disebabkan oleh kurangnya pengawasan ibu bapa. Kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa menyumbang kepada gejala zina seterusya pembuangan bayi yang tidak berdosa. Ketiga, disebabkan oleh kecanggihan teknologi. Teknologi menyebabkan remaja mudah mendapatkan bahan-bahan lucah seperti internet, majalah dan sebagainya.

Pesalah yang membuan bayi sepatutnya dikenakan hukuman yang berat, setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Mengikut Akta Kanak-kanak 2001( child Act)- Akta 611: seksyen 17- Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga. Seksyen 46-Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan, ditempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah. Dibawah rang undang-undang jenayah Malaysia sesiapa yang menbuang bayi, akan dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun.

Di dalam hal ini, kami berpendapat bahawa hukuman pembuangan bayi perlu dikaji kerana jika dilihat mereka seperti tidak mengendahkan hukuman yang sedia ada. Mereka langsung tiada perasaan belas kasihan terhadap bayi yang tidak berdosa ini. Sebagai contoh, mereka sanggup membuang bayi ditempat-tempat seperti lubang tandas, tong sampah dan menanam hidup-hidup sehingga terdapat satu kes dimana tangan bayi digonggong oleh anjing. Dimanakah nilai-nilai kemanusiaan yang sepatutnya ada dalam diri setiap individu?

Pada pendapat kami kes pembuangan bayi yang membawa kepada kematian ini layak disamakan dengan kes pembunuhan kejam dan sepatutnya dikenakan hukuman gantung sampai mati. Manakala bagi pesalah yang membuang bayi tetapi bayi tersebut masih hidup, mereka boleh dikenakan hukuman sedia ada. Dalam hal ini, selalunya kaum wanita sahaja yang dipersalahkan dan dipersoalkan. Manakala kaumlelaki terlepas begitu sahaja. Seharusnya kedua-dua mereka perlu diheret kemuka pengadilan agar masalah pembuangan bayi dapat dibendung dan menjadi iktibar kepada remaja lain.

Kesimpulannya kesemua pihak termasuk kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing agar masalah pembuangan bayi dapat di kurangkan. Mengikut Mufti Selangor Datuk Tamyes Abdul Wahib meminta masyarakat mengubah persepsi ” menjaga tepi kain orang” daripada negatif ke positif bagi membanteras gejala pembuangan bayi. Daripada hadis Abu Huraira, Nabi SAW bersabda bermaksud ”Setiap yang masuk ke dalam syurga memperlihatkan kepadanya tempat diamnya dalam neraka seandainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu, bertambah dengan syukurnya kepada ALLAH SWT. Setiap orang yang masuk ke neraka diperlihatkan kepadanya tempat diamnya pada syurga seandainya dia melakukan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyelesaiannya.” (Hadis riwayat Bukhari)



1 comment: